ADAKAH SHAKLEE BISNES ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA ?
Assalamualaikum, Apa khabar?
Bismillah, tabarakallah.
Syaina doakan semua pembaca blog Syaina diberkati Allah sentiasa. Syaina
suka nak kongsikan kenapa best buat bisnes online SHAKLEE ni.
Bulan puasa 2023 tahun ni genap 3 tahun
syaina join bisnes online Shaklee ni.
Shaklee adalah satu hadiah. Memiliki sebuah
perniagaan dan kerjaya bersama Shaklee adalah suatu anugerah buat keluarga
kerana ia saling melengkapi kehidupan syaina bukan untuk menjadi saingan sesama
sendiri.
Banyak pengalaman dan jerih perih
perjuangan dalam bisnes ini buat syaina kuat dan setia sehingga hari ini. Asal
dengan inginkan penyusuan 2 tahun anak kembar yang baru lahir dan pertama kali berdepan dengan bulan puasa, kini mendapat Shaklee Effect
bukan sahaja dari segi penyusuan sehingga 3 tahun, malah Allah gandakan rezeki buat keluarga
kami.
Pengalaman syaina, ini adalah bisnes online yang
dikira senang dan sayang untuk dilepaskan. Nak tahu kenapa?
Hajat syaina
tercapai selepas Syaina berjaya dapatkan rumah sendiri sebelum umur 30 tahun
pada 2 tahun lepas. Terima kasih Allah dan semua yang sentiasa doakan kami !
Dulu, sebelum buat bisnes shaklee, kami hidup besederhana. Macam-macam kami fikir untuk cari side income. Kadang-kadang kami pendam perasaan dan cita-cita kami pergi tempat-tempat yang ramai orang pergi, sebab kami bukan dari keluarga yang senang. Tapi kami ikhtiar sedaya mampu untuk bahagiakan keluarga dan anak-anak kami. Banyak air mata yang dulu menjadi saksi kami susah bersama dan hari ni kami nak menangis juga, tapi menangis untuk kesenangan bersama.
Allah hadirkan kembar kepada kami yang tidak diduga. Satu persatu Allah tunjuk
dan bukakan pintu rezeki buat kami sekeluarga. Dari anak pertama Allah rezekikan syaina pulang ke semenanjung dan tinggal bersama suami. Hanya 1 tahun 10 bulan sahaja syaina di Sarawak. Alhamdulillah.
Tahun lepas, alhamdulillah syaina dapat beli rumah hasil buat bisnes shaklee dan gabungan kerja hakiki. Ini lah Rezeki kedua. Siapa yang buat dia dapat!
Man
jadda wajada.
Alhamdulillah..
tahun ni masuk tahun ke-3 syaina berjaya dapat bonus shaklee tanpa gagal. Walaupun
tak seberapa, padanlah dengan usaha yang kita buat setiap bulan.
Pada hari ini tanggal 9 APRIL 2023 (AHAD), rezeki
ketiga sekali lagi Allah permudahkan. Allah bagi hadiah ini tanpa diduga. Selama
7 tahun syaina bersama Axia yang ku sayangi dari Sarawak ke Negeri Sembilan. Hari
ini syaina hadiah juga kepada ma abah untuk jaga di kampung. Sedih tapi syaina pasti
Allah akan berikan yang terbaik dan tetapkan yang terbaik untuk kami
sekeluarga. Terima Kasih Ya Allah.
Hari ini 10 April 2023 (ISNIN), syaina
bakal meninggalkan axia di kampung. Untuk ulang alik machang – rembau yang memakan
masa selama 8-10 jam, dengan kereta baru dapat bagi sedikit sebanyak keselesaan
untuk anak3 syaina. Dulu tak pernah mengeluh, dengan axia la kami hidup secara
bersederhana, kami struggle sama-sama, ulang alik Machang Rembau itu biasa
sahaja dengan axia 1.0. Bukan kesenangan yang kami cari, setelah niat bagi
kereta kat ma abah, Allah permudahkan segala urusan sepanjang penyediaan dan persediaan mendapatkan kereta baru ini. Walaupun dari bulan 9 2022 tahun lepas, bulan ini
9 APRIL 2023 baru dapat kereta ini. Allah permudahkan segalanya. Masya Allah. Allahu
Akbar ! Tarikh 9hb juga genap umur twin kami 3 tahun 4 bulan.
Ini gambar sekitar ambil kereta semalam. TOYOTA COROLLA CROSS HYBRID PEARL WHITE idaman kami berdua.
Raut Wajah Kebahagiaan Keluarga Kami
SIAPA BOLEH
BUAT BISNES ONLINE SHAKLEE?
Sesiapa saja
bertaraf warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Berminat untuk
mulakan perniagaan Shaklee ? jom contact Syaina.
Bulan ni
shaklee buat promo kaw-kaw ! JOM syaina bantu buat poket duit raya dengan
shaklee.
Kenapa kita
pilih nak hidup biasa-biasa kalau kudrat usaha kita masih lagi kuat? Satu hari
syaina akan bersyukur sangat, asbab kesusahan lah kami keluar dari zon selesa
dan buat betul-betul untuk kehidupan kami.
· Anda menikmati Produk Shaklee pada Harga Pengedar (DN).
· Anda layak mendapat bonus bermula 5% hingga 21% bonus ke atas pembelian anda.
· Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama Pakar Nutrisi Shaklee pada bila-bila masa.
· Pembelian bernilai RM300 ke atas, percuma kurier ke seluruh Malaysia
· Trip dalam dan luar Negara
· Bonus Kereta
Cara mudah buat bisnes online dengan Shaklee adalah :
-Tanpa perlu sewa kedai
-Tanpa perlu keluar modal beli stok
-Tanpa perlu pegang stok yang banyak
JOM MULAKAN PERNIAGAAN SHAKLEE ANDA SENDIRI
Apakah
kelebihan memiliki sebuah Perniagaan Shaklee?
Hak pengedaran eksklusif kepada produk kualiti tinggi.
· Nutrisi Tambahan, terbukti
dengan sains dan sejarah 100 tahun.
· Pembersih Rumah yang pekat dan
mesra alam.
· Penjagaan Kulit Yang Terbukti Secara Klinikal untuk kulit yang lebih muda.
Perniagaan
jualan langsung tulen
· Shaklee berisiko rendah dan memerlukan kos MINIMA
RM35 untuk memulakan perniagaan.
· Shaklee mempunyai rekod pencapaian lebih dari 60
tahun dalam perniagaan dan lebih daripada 100 tahun inovasi dalam produk
pemakanan.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan produk Shaklee atau ingin berbisnes bersama #TEAM BELLEZZA, boleh contact syaina di link di bawah ini. Yang nak borak-borak pasal Shaklee pon boleh je Whatsapp terus syaina di nombor bawah ni, just click the link ya 👇🏻 Bisnes Online terbaik ini insyaAllah dapat membantu untuk kesenangan yang panjang.
Boleh hubungi/follow syaina di :
hanya tekan link di bawah ni je, syaina bantu !
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1379919
www.wasap.me/601129328287/nakJoinSyaina
Fb: https://www.facebook.com/SyainaAbdullah
TIKTOK: https://www.tiktok.com/@syainaabdullah
Instagram: https://instagram.com/syaina_abdullah
Thank You So Much coz u all always support Syaina Abdullah
wah.. bestnya
ReplyDeletealhamdulillah.. hehe
Deleteterbaik sangat sis
ReplyDeletealhamdulillah.. hehe.. haza min fadhli rabbi kak
Delete