Saturday, March 25, 2023

Shaklee Fun Day Mengujakan Kami !


Shaklee Fun Day Mengujakan Kami !

 

YES ! Betul ! Sangat mengujakan !

 

Sejurus menunggu program dengan Dr. Redza sabtu lalu iaitu 18 Mac 2023 pada sebelah petang, sempat syaina dan suami ke Branch Shaklee KL waktu tengah hari. Kami korbankan masa makan tengah hari kat Tabung Haji Hotel dengan pergi Shaklee Fun Day yang mana ada customer order 4 Tong Cinch Latte dan 1 kotak Cinch Tea Mix. Alhamdulillah ! Seronok betul !

 





Paling menarik, Shaklee menawarkan diskaun juga untuk produk-produknya. Berebut-rebut la para SID nak grab promo best. Terutama sekali untuk Product Rangkaian Youth yang jarang- jarang ada promosi ni.

 

Bayangkan, dalam beberapa jam sahaja, boleh habis stock Night Cream di semua branch. Dahsyat la SID-SID ni. Begitu meriah suasana di setiap branch yang terlibat. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah buat pengunjung yang hadir.






Haaa.. tengok banyak ye syaina memborong. Best betul ! tapi sayang, ada customer beli almost RM900, tapi tak sempat join pembelian FUN DAY ni. kalau tak lebih banyak gift yang shaklee bagi. hehe 




Habis RM505 ye gaizz. Nak cantik nak sihat, ramai yang tak kisah duit habis ! janji sihat dan cantik. Downline dan customer syaina ramai yang berjaya kurus dan semakin cantik bersama Shaklee. Alhamdulillah,syaina share mengikut apa yang syaina dapat juga bila bersama dengan Shaklee.

 

Selain itu, kalau awak semua nak tahu, Shaklee telah menganjurkan satu majlis yang meriah untuk semua distributor Shaklee iaitu Shaklee Fun Day. Nama pun "fun" kan, haruslah gempak habis. Memang enjoy masing-masing di samping dapat bertemu dengan group bisnes yang lain.

Maklumlaa. Syaina jarang pergi branch, selalu order dekat web je. 


Korang tahu tak kenapa Shaklee pilih hari Sabtu? Sudah tentu hujung minggu hari yang paling sesuai untuk kita melakukan aktiviti bersama keluarga. Mak ayah pun cuti, anak-anak pun cuti dari sekolah dan inilah masa terbaik untuk bersama dengan ahli keluarga. Ini yang Shaklee cuba praktik kan supaya aktiviti yang dilakukan dapat disertai dengan ahli keluarga.

Untuk ahli baru yang join Shaklee, jika anda mendaftar pada hari tersebut dengan pembelian minimum pembelian 100 uv dengan pelbagai hadiah yang ditawarkan. Contohnya ada hadiah payung, notebook, seramic mug, pouch, beg.

Tapi tidak dilupakan pada mereka yang memang sudah mendaftar sebagai ahli Shaklee. Ada juga hadiah menanti anda mengikut pembelian minimum 100 uv. Seronok ye samping shopping vitamin sambil dapat banyak hadiah.

Sedikit sebanyak dengan aktiviti sebegini dapat membantu distributor Shaklee dalam mengembangkan aktiviti Bisnes Shaklee mereka. Ini juga adalah peluang terbaik bagi anda untuk menggandakan jualan dengan Bisnes Shaklee. Bila jualan meningkat, maka bonus untuk bulan depan pun makin meningkat. 



Haa kat atas tu gambar syaina cek kesihatan, nak cek tahap kolestrol, kekuatan tulang dan lain-lain. Syaina banyak ambik video masa ni, tu yang tak berapa banyak gambar yang ada. Hehe.

Tapi nah syaina belanja video jalan-jalan branch + kelas Dr. Redza. Bukan senang ye nak attend 2 program best dalam masa dan hari yang sama ! masyaAllah, selagi ada kudrat, insyaAllah sampai akhir hayat syaina buat Shaklee Bisnes ni yang mana long term bisnes dan anak-anak cucu syaina nanti diorang la pewaris bisnes ni. insyaAllah ameen. 



Ni kali pertama syaina cek kesihatan kat branch. Free je korang ! 2 tahun lepas, masa pergi Shaklee Ambassador, Shaklee sponsor percuma je untuk cek kesihatan ni, namun syaina dan suami masing-masing sibuk atas kekangan kerja dan jarak branch. Yela kan mana tak nya, kami kat rembau, branch kat KL. Jarang sangat la nak pergi kalau tak de yang penting.



Ni perbezaan tahap tulang syaina dan suami (yusri) 
consumer tegar dan biasa-biasa 😆😆


korang tengok lah. Perbezaan tulang syaina dan suami. Haha. Seorang yang all out makan Shaklee, dan yang jarang-jarang sahaja. Alhamdulillah. Allah izinkan syaina seperti hari ini supaya terus kuat dengan badan yang sihat. Banyak perkara menarik semasa syaina buat cek kesihatan ni. Korang nak tengok lagi ? kalau perasaan kat dalam tu ada bagitahu pasal tahap umur kitorang.

Wehh ! mudanya tak setanding dengan umur. Patutlah yang makan Shaklee ni LOOK YOUNGER LONGER ! haha. 

Korang yang belum consume Shaklee, yang pernah consume tapi dah stop, yang teragak-agak nak cuba tu,, boleh lah try dengan sekarang.

Kami umur 31 tahun, anak 3, tapi orang ingat kami baru kawin. Haha. Syok kan ! nanti anak-anak pun macam sebaya je nanti. 



Ni gambar ibu anak 3 bersama anak-anak shaklee. hehe

Nanti kita jumpa lagi untuk entri seterusnya dengan ceritera syaina bersama Shaklee.

 

Sebagai penutup, Shaklee Fun Day ini juga membuka peluang untuk SID mendapat prospek baru dalam kalangan pengunjung. Dengan adanya program seperti ini, ianya akan membuka mata lebih ramai lagi untuk memilih Shaklee sebagai supplement pilihan dan supplement terbaik serta membuka jalan untuk berbisnes bersama Shaklee.


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan produk Shaklee atau ingin berbisnes bersama #TEAM BELLEZZA ,  boleh contact syaina di link ini. Yang nak borak-borak pasal Shaklee pon boleh je Whatsapp terus syaina di nombor bawah ni, just click the link ya 👇🏻

 





 

 











Wednesday, March 22, 2023

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

 



Sejak kebelakangan ini, ramai dok buat IF. Syaina sendiri pun dah start IF selama sebulan yang mana amalan diet Intermittent Fasting atau IF untuk kurangkan berat badan. Tapi pada Sabtu lepas, syaina ada join kelas Dr. Redza yang menceritakan mengenai IF ni. Kelas yang sangat best mengenai ilmu nutrivention topik FASTING FOR WEIGHT LOSS. Dr. Redza ni salah seorang saintis yang tak kurang hebatnya kat Malaysia ni iaitu pakar dalam bidang nutraceuticals. 

 

Sebelum syaina cerita lebih panjang, saya bukan pengamal diet Intermittent Fasting yang tegar. Orang kata baru nak berjinak-jinak. Tapi apa yang syaina dapat dari kelas yang best giler Dr. Redza sarankan the only fasting yang sebenarnya adalah puasa Ramadhan.




Tapi itu bukan bermakna diet IF tidak bagus korang. 


Apa dia Intermittent Fasting?

Diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi berbeza dengan amalan puasa Ramadhan, diet IF benarkan anda minum air kosong atau sumber yang tidak berkalori.

Terdapat banyak jenis IF yang biasa diamalkan. Tapi yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12.00 pm hingga 8.00 pm tapi perlu berpuasa 16 jam selebihnya beberapa kali seminggu. 

Untuk pengetahuan korang, Intermittent Fasting mempunyai beberapa fasa jam untuk berpuasa. Ia boleh dilakukan dalam tempoh 12 jam, 16 jam, 18 jam, 24 jam sehingga 72 jam! Tetapi usahlah memaksa diri untuk mendapatkan 72 jam. Boleh cuba konsistenkan dengan 12 jam atau 16 jam. Sangat sesuai dilakukan dalam bulan Ramadhan ini.




Rajah ni merupakan proses dalam badan manusia yang berlaku ketika berpuasa

Jika anda lihat pada gambar rajah diatas proses fat burning sudah pun berlaku pada jam ke-16 manakala autophagy akan berlaku pada jam ke 18. Autophagy merupakan proses penting bagi anda yang ingin melakukan Intermittent Fasting.

 

Anda boleh juga lakukan Intermittent Fasting selama 16 jam sahaja tetapi dapat kesan sama seperti 72 jam. Pendek kata, anda dapat pendekkan tempoh anda berpuasa dengan kesan berpuasa 72 jam.

 

Jom kita tengok apa kerja autophagy ini.




Beza dengan puasa Ramadhan?


Seperti yang syaina terangkan tadi, diet IF benarkan minum air dan sumber tidak berkalori semasa “berpuasa”. Bagi saya itu perbezaan yang besar dari segi amalan senaman dan dehydration.


Cara Diet IF kurangkan berat badan?

Ya. jika mana-mana diet yang cuba bantu anda kawal atau kurangkan berat badan melalui kawalan pengambilan kalori dan water retention atau istilah lain – gemuk air, dan baiki metabolisma badan melalui hormon. 

Kalori merupakan dengan hadkan waktu makan, secara tak langsung ia kawal jumlah pengambilan seharian. Tidak jauh berbeza dengan puasa ramadhan, hasil kurang pengambilan kalori, ramai akan kurang berat dalam 2-3kg (tanpa bersenam di bulan puasa).

 

Air?

Ok yang ini a bit more complicated. Majoriti badan adalah air. Tapi ia boleh fluctuate dan bergantung kepada beberapa faktor termasuk gula dan hormon insulin. Amalan puasa IF hadkan pengambilan gula. Jadi ini stabilkan paras glukos darah dan “jatuhkan” hormon insulin dari paras biasa (bukan berpuasa). Apabila hormon insulin “jatuh”, ia paksa badan untuk buang air berlebihan kerana kekurangkan gula dalam diet. Ini tidak jauh berbeza dengan diet Atkins atau diet Keto yang “mempermainkan” gula dan water retention badan.

 

Fixes your metabolism!?

Tanpa merumitkan cerita, hormon yang sentiasa bersangkut paut dengan simpanan lemak badan dan penggunaan tenaga (metabolism) adalah insulin. Bagi mereka yang obes atau telah amalkan pemakanan tinggi gula untuk jangka masa berpanjangan, ia boleh mengakibatkan rintangan insulin badan atau insulin resistance (badan tak dapat nak gunakan gula untuk tenaga dan tingkatkan simpanan lemak dalam sel). Amalan puasa dan diet rendah karbohidrat dapat memainkan peranan untuk shock hormon-hormon badan untuk bantu buang tabiat yang lama. Tapi ia berbeza bagi individu dengan individu lain. My advice – trial and error.

 

Jadi, sesuai tak rasa-rasa untuk anda ?


Ini bergantung. Perubahan diet memang mencabar dan tidak mudah TAPI dalam jangka masa berpanjangan, ia perlu menggembirakan DAN bantu anda kawal berat badan. Sama lah dengan diet IF.

Setiap diet, termasuk diet Intermittent Fasting, ada kisah kejayaan dan kegagalan. Ini bukan bermakna suatu diet bagus atau pun tidak. Ia soal PILIHAN dan KESESUAIAN. Jangan ikut suatu diet hanya kerana ia tren sosial media. Jangan ikut suatu diet hanya kerana ada kenalan berjaya dengan diet tersebut.

 

Nasihat syaina, fahamilah asas penurunan berat badan. Fahamilah hubungan kalori dengan berat badan. Fahami hubungan diet dan gaya hidup dengan takungan air atau “gemuk air”. Fahami lah metabolisma badan dan cara untuk melindungi atau baikinya untuk elak rintangan insulin. haaa.. penting ye !


Antara kekurangan IF ni adalah : 

1. Memusnahkan Collagen dalam Badan

70 peratus di dalam badan adalah air dan 30 peratus lagi adalah protein termasuklah collagen. Bayangkan anda sudah seronok buat Intermittent Fasting dan ingin turunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama anda tidak sedar yang anda sudah kehilangan collagen dalam badan. Tambahan pula, ketika autophagy berlaku ia akan menggalakkan kemusnahan penghasilan natural collagen. Ini bermakna collagen yang memang dihasilkan oleh badan akan berkurangan!


2. Kekurangan Nutrisi 

Matlamat IF ini adalah untuk mencapai tahap autophagy, iaitu fat burning tanpa senaman. Dan cara ini rasanya sangat mudah kerana kita masih boleh minum air ketika terasa lapar. Ia dipanggil wet fasting yang diasaskan oleh Dr Berg.

Dengan panjangnya masa tanpa makanan, memang badan akan cepat kurus. Akan tetapi, ia berkurangan sama dengan nutrisi badan. Sebab itulah, apabila ada yang buat IF, ada masalah kulit kering, rambut gugur, dan kebas-kebas.

Manusia perlukan nutrien dari makanan. Jadi jika kita buat IF, sepatutnya kita ada bantu badan kita dengan suppliment untuk melengkapkan nutrien badan yang diperlukan.

Sebab itulah, rata-rata yang merutinkan diri dengan IF tanpa suppliment support, kulitnya agak menjadi kendur. Ini secara kajiannya adalah kerana autophagy mengurangkan paras collagen dalam badan kita.


3. Melupakan sunnah puasa sebenar

Secara peribadi syaina, akhirnya mula hanyut ditelan keasyikan IF cara barat sehingga automatik seolahnya terlupa dengan Dry Fast yang dianjurkan oleh Islam dipandu Nabi Muhammad S.A.W. Beruntung siapa yang hadir kelas Dr. Redza, kita dapat mengetahui tricks yang terbaik untuk body active untuk menyahkan toksin.

Sebenarnya, kajian menunjukkan, autophagy secara dry fast lebih cepat diperoleh iaitu dalam puasa 14 jam. Sama seperti kita berpuasa sebenar, iaitu bermula subuh sehingga maghrib. Tanpa makan dan minum.

Signal perut, otak dan pankreas akan lebih stabil di waktu kita puasa secara penuh seharian tanpa air dan makanan.

Dan kita akan mencapai tahap autophagy dengan lebih pantas tanpa menyiksa badan tidak ada makanan melebihi 20 jam.

Dan dengan 14 jam ini, kita akan kurang kehilangan nutrisi kerana jarak 14 jam masih sesuai untuk manusia.

Cuma untuk autophagy yang lebih tinggi sama seperti orang puasa tanpa makan selama 72 jam adalah dengan menambahkan 4 jenis suppliment ini.

Dalam kajian ada menunjukkan bahawa Resveratrol dapat meningkatkan dan menyokong autophagy. Dr. Redza sendiri menyarankan untuk kita gunakan nutrien resveratrol sebagai supplements terbaik dan bahan tersebut ada didalam produk Shaklee.

 







Untungnya anda kerana Shaklee Supplements Terbaik membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan dalam masa yang sama memastikan anda lengkapkan nutrisi micronutriens dalam badan.

Lagi seronok jika anda dapatkan set ini dan dapat bimbingan dari Syaina yang akan membantu anda dapat cara makan paling berkesan mengikut bimbingan saintis dan doktor untuk kesan yang lebih optimum dan berkesan. Syaina sendiri memilih untuk konsisten dengan jenama supplement terbaik untuk kekalkan kesihatan dalam dan luar.

InsyaAllah dengan berkat dan rahmat bulan Ramadhan tahun ini yang bermula 23.3.23 (Khamis), syaina pasti anda semua akan mengalami beberapa perubahan kesihatan dalam weight management apabila sudah mengetahui kelebihan berpuasa yang Allah s.w.t galakkan kepada umatnya. Salam sayang dan Salam Ramadhan buat semua pembaca yang syaina kasihi.

 





Anda juga boleh baca artikel terbaik berkaitan SET PUASA SHAKLEE untuk kekal berpuasa di bulan Ramadhan ini.


#ShakleeMegablog2023

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#ShakleeRembau


korang jugak boleh baca entri geng syaina 

http://www.hanasalwa.com/2023/03/kesan-intermittent-fasting-yang-ramai.html?m=1&fbclid=IwAR0HoLmIR0hKWO4AwXlJpiBkM5Af5hpl-6upG3WJAmEN-4F9C7P4zC8qzms



Saturday, March 18, 2023

5 SEBAB KENAPA SUPPLEMENT SHAKLEE TERBAIK DI MALAYSIA ?

 

KENAPA SUPPLEMENT SHAKLEE TERBAIK 


Dalam posting sebelum ni syaina dah share tentang Set Kurus Shaklee, jadi kalini rasa bertanggungjawab nak share kenapa kita kena pilih Shaklee sebagai supplement harian kita untuk tahun 2023 ni. Ramai yang tak tahu sebenarnya Shaklee ni pioneer kepada multivitamin di dunia, sebab Vitalea yang sekarang ada di Shaklee tu dicipta pada tahun 1915 oleh pengasas Shaklee sendiri.

Lagi bestt siapa yang consume Shaklee memang tak perlu risau dah sebab Shaklee terbukti SELAMAT dan BERKESAN.  

Selamat tu bukan hanya untuk alam sekitar, malah tak merosakkan satu sel pun dalam badan kita. Sebab tu sampai sekarang dah 3 tahun syaina consume Shaklee tak pernah rasa nak tukar supplement dah.


1. 100 TAHUN HIDUP BERSAMA ALAM SEMULAJADI 


Dari produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, kami telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan. Selamat. Terbukti. Berkesan.

Komitmen Dr. Forrest C. Shaklee untuk membantu orang lain hidup lebih sihat bermula apabila beliau mencipta multivitamin pertama di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu. Dalam membina legasi inovasi dan sainsnya, falsafah Living in Harmony with Nature® adalah tunjang jantung kepada semua yang kami lakukan.

Dari produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, kami telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan. Dan SHAKLEE boleh membuktikannya.


2. HIDUP TANPA KOMPROMI 



Di Shaklee, kita percaya dalam menjalani kehidupan yang anda mahukan - tanpa kompromi. shaklee menyediakan produk yang tulen, selamat, dan terbukti memberikan tubuh anda apa yang diperlukan untuk berkembang maju serta menyediakan peluang pendapatan yang dapat membantu syaina khususnya dan pengguna shaklee lain dalam menjalani hidup dengan istilah kita sendiri.

Sepanjang syaina bersama shaklee, shaklee komited untuk menyediakan bahan-bahan yang paling tulen dan terbaik dari alam semula jadi dan menerapkan piawaian saintifik yang ketat untuk menghasilkan produk yang terbukti secara klinikal - memberikan anda Hasil Klinikal Tanpa Kompromi. Konsep kesejahteraan holistik ini telah membantu berjuta-juta orang hidup dan kelihatan lebih muda selama lebih dari 60 tahun.


3. KAJIAN LANDMARK (THE LANDMARK STUDY)


Kajian Landmark, diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal, Dr. Gladys Block bersama University of California, Berkeley, merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee. Shaklee merupakan SUPLEMEN TERBAIK yang pernah syaina consume ! 


boleh lihat video ini : https://www.youtube.com/watch?v=1mBiHIkuDAc

Kajian Landmark Diet Tambahan (A Landmark Study)  

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan makanan tambahan Shaklee mempunyai biomaker kesihatan utama yang lebih baik berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil makanan tambahan.



4. BERDAMAI DENGAN ALAM 



 SHAKLEE bukan sahaja syarikat pertama yang mengimbangi sepenuhnya pengeluaran karbon, malah untuk tidak meninggalkan jejak di bumi, shaklee telah menanam lebih daripada 1 juta pokok di seluruh dunia dengan mendiang Dr Wangari Maathai, pemenang Nobel pertama yang diiktiraf untuk kerja-kerja alam sekitar.


Mana ada company yang sanggup berhabis berjuta juta bayar saintis hanya untuk buat kajian untuk pastikan produk tu terbaik dan selamat untuk dijual, melainkan hanya di Shaklee!

 

5. AWARD MOST TRUSTED BRAND daripada READER DIGEST 



Siapa pernah baca buku Reader Digest? Produk Shaklee telah memenangi brand yang dipercayai pengguna dan award ini adalah diundi sendiri oleh pengguna !


Jadi jangan ragu ragu lagi untuk dapatkan produk Shaklee anda untuk jadikan sebagai rutin pemakanan supplement terbaik harian anda. Berminat nak dapatkan produk Shaklee, feel free untuk WHATSAPP SYAINA wa.me/601129328287


#projekblogmega

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#supplementterbaik




Tuesday, March 14, 2023

BAJU RAYA SIZE (S) DENGAN SET KURUS SHAKLEE

 

SET IF MEMBANTU KURUS 


Terima kasih yang sudi baca entry syaina sekali lagi.

Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun syaina join Shaklee. 1 Ramadan nanti genaplah !

Alhamdulillah, sepanjang menjadi pengguna Shaklee ni, banyak yang merubah hidup syaina                khususnya dalam maintain berat badan idaman.

Masa pregnant kembar 2019, berat badan syaina cecah 59kg. Tak pernah-pernah aih capai berat macam ni. Tapi selepas bersalin, alhamdulillah. Berat badan kembali seperti anak dara iaitu 43kg ! 

minggu lepas pergi beli baju raya untuk tahun ni 2023, alhamdulillah syaina beli SIZE S korang ! dulu size M dan L sebab nak longgar sikit kan, tapi sekarang kena size S kalau tak jadi gelebeh je baju. 





Say bye bye to perut gelebeh, peha besar dan body tak fit !

Nak tahu apa rahsia yang syaina amalkan ? 

Konsisten consume set nie terus insha Allah impian kurus langsing, perut kempis, lengan dan peha kecil molek jadi kenyataan !

Sejak 3 tahun bersama Shaklee juga, alhamdulillah berat maintain, skin tak kusam, look muda walaupun 
dah masuk 30 tahun ni. Tak pela anak dah 3, nampak tua pun betul la tu. haha

Syaina nak share kepada semua yang Shaklee ada buat promosi akhir bulan ni yang mana beli SATU set dibawah nie akan dapat free 1 tong CINCH yg sangat sedap.

            

PROMO HELLO NEW YOU @ SET IF ni merupakan SET KURUS SHAKLEE !


Korang nak tahu tak siapa yang perlukan Set IF @ SET KURUS @ Set Hello New You ni?

 

Anda yang nak TURUNKAN BERAT BADAN dengan sihat

Anda yang aim nak ada INCHLOSS

Anda yang sedang GANTI PUASA

Anda yang perlukan SARAPAN/SAHUR yang jimat masa dan mudah disediakan

Anda yang sedang buat INTERMITTENT FASTING @ IF

 

So apa antara yang ada dalam set ini? Apa manfaatnya ?

▪️Cinch Shake Chocolate




CINCH SHAKE antara best seller untuk anda yang ingin kuruskan badan dan toning body supaya takde lagi masalah kulit menggelebeh.

 

▪️Omega Guard




 ▪️Lecithin


▪️Herblax

 


Set Kurus Shaklee ni bantu Kita kalau nak kurus kena ada 3 B.

Apa ke benda la pulak 3 B tu?

1. Bakar

2. Buang

3. Bina

Ejen bakar ni ialah Omega Guard dan lecithin. Korang boleh pilih salah satu atau ambik kedua-duanya sekali untuk efek lagi power.

Ejen buang pulak ialah herblax dan alfalfa. Sama jugak boleh pilih salah satu atau ambik kedua-duanya pon boleh.

Ejen bina pulak boleh pilih samaada ESP, cinch atau life shake. Ini protein shake.


Haaa.. Ini la rahsia syaina sihat dan kurus slim cantik jelita. Haha .

Masih lagi on going bulan ni promo set Hello New You yang ada Cinch Chocolate, Omega Guard, herblax, lecithin dan free cinch chocolate.


sebelum tu syaina nak belanja testimoni sebenar kepada pengguna yang ambil set ini.







Nak kurus tapi belum kurus? Hari ni la kena beli kasi jadi.


Menariknya promosi ni, sebab kalau anda grab promo Set IF ni, anda bakal dapat FREE;

🍫 FREE 1 tong Cinch Shake Chocolate

🍀FREE 1 Shaker Shaklee Exclusive

🤝FREE Membership

🚚FREE Delivery

🫂FREE Guides & Consultations

Oleh itu, sebelum syaina terlupa, satu lagi pesanan syaina kat korang semua, nak bagi TIPS YANG PENTING ni. 

berat,

Dalam banyak-banyak tips nak kurus, ada 1 tips ni kita wajib buat.

Beli penimbang sendiri.

Sebaiknya dapatkan yang digital. Macam jenama RUSSELL ni sesuai untuk geng marhaen.

Syaina beli kat shoppe je : RUSSELL TAYLORS

Penimbang ni boleh ukur muscle, bone, keperluan air, keperluan kalori dll. 

Nanti kita share pula tips untuk guna penimbang. insyaAllah soon. 


Thank You So Much coz u all always support Syaina Abdullah

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#HelloNewYouSetShaklee

#setkurusshaklee


P/S : 

Jom baca entry dari sharing Partner syaina https://seikhlashatiannenany.blogspot.com/2023/03/pengalaman-ramadhan-dengan-set-puasa.html


Untuk dapatkan Set berpuasa Shaklee, boleh komen di bawah atau terus tekan link wassap SYAINA. 


ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG  DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM35.


Boleh hubungi/follow syaina di : 


www.wasap.my/601129328287/bisnesshaklee

Fb: https://www.facebook.com/SyainaAbdullah

TIKTOK: https://www.tiktok.com/@syainaabdullah

Instagram: https://instagram.com/syaina_abdullah