Sejak kebelakangan ini, ramai dok buat IF. Syaina sendiri pun dah start IF selama sebulan yang mana amalan diet Intermittent Fasting atau IF untuk kurangkan berat badan. Tapi pada Sabtu lepas, syaina ada join kelas Dr. Redza yang menceritakan mengenai IF ni. Kelas yang sangat best mengenai ilmu nutrivention topik FASTING FOR WEIGHT LOSS. Dr. Redza ni salah seorang saintis yang tak kurang hebatnya kat Malaysia ni iaitu pakar dalam bidang nutraceuticals.
Sebelum syaina cerita lebih panjang,
saya bukan pengamal diet Intermittent Fasting yang tegar. Orang kata baru nak
berjinak-jinak. Tapi apa yang syaina dapat dari kelas yang best giler Dr. Redza
sarankan the only fasting yang sebenarnya adalah puasa Ramadhan.
Tapi itu bukan bermakna diet IF tidak
bagus korang.
Apa dia Intermittent Fasting?
Diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi berbeza dengan amalan puasa Ramadhan, diet IF benarkan anda minum air kosong atau sumber yang tidak berkalori.
Terdapat banyak jenis IF yang biasa diamalkan. Tapi yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12.00 pm hingga 8.00 pm tapi perlu berpuasa 16 jam selebihnya beberapa kali seminggu.
Untuk pengetahuan korang, Intermittent Fasting mempunyai beberapa fasa jam untuk berpuasa. Ia boleh dilakukan dalam tempoh 12 jam, 16 jam, 18 jam, 24 jam sehingga 72 jam! Tetapi usahlah memaksa diri untuk mendapatkan 72 jam. Boleh cuba konsistenkan dengan 12 jam atau 16 jam. Sangat sesuai dilakukan dalam bulan Ramadhan ini.
Jika anda lihat pada gambar rajah diatas proses fat burning sudah pun
berlaku pada jam ke-16 manakala autophagy akan berlaku pada jam ke 18.
Autophagy merupakan proses penting bagi anda yang ingin melakukan Intermittent Fasting.
Anda boleh juga lakukan Intermittent Fasting selama 16 jam sahaja tetapi
dapat kesan sama seperti 72 jam. Pendek kata, anda dapat pendekkan tempoh anda
berpuasa dengan kesan berpuasa 72 jam.
Jom kita tengok apa kerja autophagy ini.
Beza dengan puasa Ramadhan?
Seperti yang syaina terangkan tadi, diet IF benarkan
minum air dan sumber tidak berkalori semasa “berpuasa”. Bagi saya itu perbezaan
yang besar dari segi amalan senaman dan dehydration.
Cara Diet IF kurangkan berat badan?
Ya. jika mana-mana diet yang cuba bantu anda kawal atau kurangkan berat badan melalui kawalan pengambilan kalori dan water retention atau istilah lain – gemuk air, dan baiki metabolisma badan melalui hormon.
Kalori merupakan dengan hadkan waktu makan, secara tak langsung ia kawal jumlah pengambilan seharian. Tidak jauh berbeza dengan puasa ramadhan, hasil kurang pengambilan kalori, ramai akan kurang berat dalam 2-3kg (tanpa bersenam di bulan puasa).
Air?
Ok yang ini a bit more complicated. Majoriti badan adalah air. Tapi ia
boleh fluctuate dan bergantung kepada beberapa faktor termasuk gula dan hormon
insulin. Amalan puasa IF hadkan pengambilan gula. Jadi ini stabilkan paras
glukos darah dan “jatuhkan” hormon insulin dari paras biasa (bukan berpuasa).
Apabila hormon insulin “jatuh”, ia paksa badan untuk buang air berlebihan
kerana kekurangkan gula dalam diet. Ini tidak jauh berbeza dengan diet Atkins
atau diet Keto yang “mempermainkan” gula dan water retention badan.
Fixes your metabolism!?
Tanpa merumitkan cerita, hormon yang sentiasa bersangkut paut dengan
simpanan lemak badan dan penggunaan tenaga (metabolism) adalah insulin. Bagi
mereka yang obes atau telah amalkan pemakanan tinggi gula untuk jangka masa
berpanjangan, ia boleh mengakibatkan rintangan insulin badan atau insulin
resistance (badan tak dapat nak gunakan gula untuk tenaga dan tingkatkan
simpanan lemak dalam sel). Amalan puasa dan diet rendah karbohidrat dapat
memainkan peranan untuk shock hormon-hormon badan untuk bantu buang tabiat
yang lama. Tapi ia berbeza bagi individu dengan individu lain. My advice – trial and
error.
Jadi, sesuai tak rasa-rasa untuk anda ?
Ini bergantung. Perubahan diet memang mencabar dan tidak mudah TAPI
dalam jangka masa berpanjangan, ia perlu menggembirakan DAN bantu anda kawal
berat badan. Sama lah dengan diet IF.
Setiap diet, termasuk diet Intermittent Fasting, ada kisah kejayaan dan kegagalan. Ini bukan bermakna suatu diet bagus atau pun tidak. Ia soal PILIHAN dan KESESUAIAN. Jangan ikut suatu diet hanya kerana ia tren sosial media. Jangan ikut suatu diet hanya kerana ada kenalan berjaya dengan diet tersebut.
Nasihat syaina, fahamilah asas penurunan berat badan. Fahamilah hubungan kalori dengan berat badan. Fahami hubungan diet dan gaya hidup dengan takungan air atau “gemuk air”. Fahami lah metabolisma badan dan cara untuk melindungi atau baikinya untuk elak rintangan insulin. haaa.. penting ye !
Antara kekurangan IF ni adalah :
1. Memusnahkan Collagen dalam Badan
70 peratus di dalam badan adalah air dan 30 peratus lagi adalah protein termasuklah collagen. Bayangkan anda sudah seronok buat Intermittent Fasting dan ingin turunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama anda tidak sedar yang anda sudah kehilangan collagen dalam badan. Tambahan pula, ketika autophagy berlaku ia akan menggalakkan kemusnahan penghasilan natural collagen. Ini bermakna collagen yang memang dihasilkan oleh badan akan berkurangan!
2. Kekurangan Nutrisi
Matlamat IF ini adalah untuk mencapai tahap autophagy, iaitu fat burning
tanpa senaman. Dan cara ini rasanya sangat mudah kerana kita masih boleh minum
air ketika terasa lapar. Ia dipanggil wet fasting yang diasaskan oleh Dr Berg.
Dengan panjangnya masa tanpa makanan, memang badan akan cepat kurus. Akan tetapi, ia berkurangan sama dengan nutrisi badan. Sebab itulah, apabila ada yang buat IF, ada masalah kulit kering, rambut gugur, dan kebas-kebas.
Manusia perlukan nutrien dari makanan. Jadi jika kita buat IF, sepatutnya kita ada bantu badan kita dengan suppliment untuk melengkapkan nutrien badan yang diperlukan.
Sebab itulah, rata-rata yang merutinkan diri dengan IF tanpa suppliment support, kulitnya agak menjadi kendur. Ini secara kajiannya adalah kerana autophagy mengurangkan paras collagen dalam badan kita.
3. Melupakan sunnah puasa sebenar
Secara peribadi syaina, akhirnya mula hanyut ditelan keasyikan IF cara barat sehingga automatik seolahnya terlupa dengan Dry Fast yang dianjurkan oleh Islam dipandu Nabi Muhammad S.A.W. Beruntung siapa yang hadir kelas Dr. Redza, kita dapat mengetahui tricks yang terbaik untuk body active untuk menyahkan toksin.
Sebenarnya, kajian menunjukkan, autophagy secara dry fast lebih cepat diperoleh iaitu dalam puasa 14 jam. Sama seperti kita berpuasa sebenar, iaitu bermula subuh sehingga maghrib. Tanpa makan dan minum.
Signal perut, otak dan pankreas akan lebih stabil di waktu kita puasa secara penuh seharian tanpa air dan makanan.
Dan kita akan mencapai tahap autophagy dengan lebih pantas tanpa menyiksa badan tidak ada makanan melebihi 20 jam.
Dan dengan 14 jam ini, kita akan kurang kehilangan nutrisi kerana jarak 14 jam masih sesuai untuk manusia.
Cuma untuk autophagy yang lebih tinggi sama seperti orang puasa tanpa makan selama 72 jam adalah dengan menambahkan 4 jenis suppliment ini.
Dalam kajian ada menunjukkan bahawa Resveratrol dapat meningkatkan dan menyokong autophagy. Dr. Redza sendiri menyarankan untuk kita gunakan nutrien resveratrol sebagai supplements terbaik dan bahan tersebut ada didalam produk Shaklee.
Untungnya anda kerana Shaklee Supplements Terbaik membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan dalam masa yang sama memastikan anda lengkapkan nutrisi micronutriens dalam badan.
Lagi seronok jika anda dapatkan set ini dan dapat bimbingan dari Syaina yang akan membantu anda dapat cara makan paling berkesan mengikut bimbingan saintis dan doktor untuk kesan yang lebih optimum dan berkesan. Syaina sendiri memilih untuk konsisten dengan jenama supplement terbaik untuk kekalkan kesihatan dalam dan luar.
InsyaAllah dengan berkat dan rahmat bulan Ramadhan tahun ini yang bermula 23.3.23 (Khamis), syaina pasti anda semua akan mengalami beberapa perubahan
kesihatan dalam weight management apabila sudah mengetahui kelebihan berpuasa
yang Allah s.w.t galakkan kepada umatnya. Salam sayang dan Salam Ramadhan buat
semua pembaca yang syaina kasihi.
Anda juga
boleh baca artikel terbaik berkaitan SET PUASA SHAKLEE untuk
kekal berpuasa di bulan Ramadhan ini.
korang jugak boleh baca entri geng syaina
No comments:
Post a Comment