Shaklee Fun Day Mengujakan Kami !
YES ! Betul ! Sangat
mengujakan !
Sejurus menunggu program
dengan Dr. Redza sabtu lalu iaitu 18 Mac 2023 pada sebelah petang, sempat
syaina dan suami ke Branch Shaklee KL waktu tengah hari. Kami korbankan masa
makan tengah hari kat Tabung Haji Hotel dengan pergi Shaklee Fun Day yang mana
ada customer order 4 Tong Cinch Latte dan 1 kotak Cinch Tea Mix. Alhamdulillah
! Seronok betul !
Paling menarik, Shaklee menawarkan diskaun juga untuk produk-produknya.
Berebut-rebut la para SID nak grab promo best. Terutama sekali untuk Product
Rangkaian Youth yang jarang- jarang ada promosi ni.
Bayangkan, dalam beberapa
jam sahaja, boleh habis stock Night Cream di semua branch. Dahsyat la SID-SID
ni. Begitu meriah suasana di setiap branch yang terlibat. Pelbagai aktiviti
menarik dan hadiah buat pengunjung yang hadir.
Haaa.. tengok banyak ye
syaina memborong. Best betul ! tapi sayang, ada customer beli almost RM900, tapi tak sempat join pembelian FUN DAY ni. kalau tak lebih banyak gift yang shaklee bagi. hehe
Habis RM505 ye gaizz. Nak
cantik nak sihat, ramai yang tak kisah duit habis ! janji sihat dan cantik. Downline
dan customer syaina ramai yang berjaya kurus dan semakin cantik bersama Shaklee.
Alhamdulillah,syaina share mengikut apa yang syaina dapat juga bila bersama dengan
Shaklee.
Selain itu, kalau awak
semua nak tahu, Shaklee telah menganjurkan satu majlis yang meriah untuk semua
distributor Shaklee iaitu Shaklee Fun Day. Nama pun "fun" kan,
haruslah gempak habis. Memang enjoy masing-masing di samping dapat bertemu
dengan group bisnes yang lain.
Maklumlaa. Syaina jarang
pergi branch, selalu order dekat web je.
Korang tahu tak kenapa Shaklee pilih hari Sabtu? Sudah tentu hujung minggu hari yang paling sesuai untuk kita melakukan aktiviti bersama keluarga. Mak ayah pun cuti, anak-anak pun cuti dari sekolah dan inilah masa terbaik untuk bersama dengan ahli keluarga. Ini yang Shaklee cuba praktik kan supaya aktiviti yang dilakukan dapat disertai dengan ahli keluarga.
Untuk ahli baru yang join Shaklee, jika anda mendaftar pada hari tersebut dengan pembelian minimum pembelian 100 uv dengan pelbagai hadiah yang ditawarkan. Contohnya ada hadiah payung, notebook, seramic mug, pouch, beg.
Tapi tidak dilupakan pada mereka yang memang sudah mendaftar sebagai ahli Shaklee. Ada juga hadiah menanti anda mengikut pembelian minimum 100 uv. Seronok ye samping shopping vitamin sambil dapat banyak hadiah.
Sedikit sebanyak dengan
aktiviti sebegini dapat membantu distributor Shaklee dalam mengembangkan
aktiviti Bisnes Shaklee mereka. Ini juga adalah peluang terbaik bagi anda untuk
menggandakan jualan dengan Bisnes Shaklee. Bila jualan meningkat, maka bonus
untuk bulan depan pun makin meningkat.
Haa kat atas tu gambar
syaina cek kesihatan, nak cek tahap kolestrol, kekuatan tulang dan lain-lain. Syaina
banyak ambik video masa ni, tu yang tak berapa banyak gambar yang ada. Hehe.
Tapi nah syaina belanja video jalan-jalan branch + kelas Dr. Redza. Bukan senang ye nak attend 2 program best dalam masa dan hari yang sama ! masyaAllah, selagi ada kudrat, insyaAllah sampai akhir hayat syaina buat Shaklee Bisnes ni yang mana long term bisnes dan anak-anak cucu syaina nanti diorang la pewaris bisnes ni. insyaAllah ameen.
Ni kali pertama syaina cek kesihatan kat branch. Free je korang ! 2 tahun lepas, masa pergi Shaklee Ambassador, Shaklee sponsor percuma je untuk cek kesihatan ni, namun syaina dan suami masing-masing sibuk atas kekangan kerja dan jarak branch. Yela kan mana tak nya, kami kat rembau, branch kat KL. Jarang sangat la nak pergi kalau tak de yang penting.
korang tengok lah. Perbezaan
tulang syaina dan suami. Haha. Seorang yang all out makan Shaklee, dan yang jarang-jarang
sahaja. Alhamdulillah. Allah izinkan syaina seperti hari ini supaya terus kuat
dengan badan yang sihat. Banyak perkara menarik semasa syaina buat cek kesihatan
ni. Korang nak tengok lagi ? kalau perasaan kat dalam tu ada bagitahu pasal
tahap umur kitorang.
Wehh ! mudanya tak setanding
dengan umur. Patutlah yang makan Shaklee ni LOOK YOUNGER LONGER ! haha.
Korang yang belum consume Shaklee, yang pernah consume tapi dah stop, yang teragak-agak nak cuba tu,, boleh lah try dengan sekarang.
Kami umur 31 tahun, anak 3, tapi orang ingat kami baru kawin. Haha. Syok kan ! nanti anak-anak pun macam sebaya je nanti.
Nanti kita jumpa lagi
untuk entri seterusnya dengan ceritera syaina bersama Shaklee.
Sebagai penutup, Shaklee Fun Day ini juga membuka peluang untuk SID mendapat prospek baru dalam kalangan pengunjung. Dengan adanya program seperti ini, ianya akan membuka mata lebih ramai lagi untuk memilih Shaklee sebagai supplement pilihan dan supplement terbaik serta membuka jalan untuk berbisnes bersama Shaklee.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan produk Shaklee atau ingin berbisnes bersama #TEAM BELLEZZA , boleh contact syaina di link ini. Yang nak borak-borak pasal Shaklee pon boleh je Whatsapp terus syaina di nombor bawah ni, just click the link ya 👇🏻
Boleh hubungi/follow syaina di :
www.wasap.my/601129328287/bisnesshaklee
Fb: https://www.facebook.com/SyainaAbdullah
TIKTOK: https://www.tiktok.com/@syainaabdullah
Instagram: https://instagram.com/syaina_abdullah
Thank You So Much coz u all always support Syaina Abdullah
Bestnya fun day shaklee. Byk aktiviti dan ada promosi. Terbaik Shaklee
ReplyDeleteKan.. best sgt2 fun day ni !
Delete