Tuesday, May 9, 2023

5 MENU MASAKAN HARI RAYA OPEN HOUSE

 


5 MENU MASAKAN 
HARI RAYA OPEN HOUSE 
BY SYAINA ABDULLAH 😄

RAYA RAYA RAYA .. SELAMAT HARI RAYA. KAMI UCAPKAN KEPADA SELURUH DUNIA…… !


Haaa.. 


Sebulan ni syok dok dengar lagu ni je kan?


Terima kasih kepada awak semua yang sudi jengah ke blog dan baca entry syaina raya kali ni !


Untuk pengetahuan korang, walaupun syaina tak pernah buat hari raya open house sepanjang dalam hidup sendiri ni, kalau orang nak datang rojer je ok ! insyaAllah jika tak ada halangan i boleh masak ok. Haha. (bukan pandai masak pun sebenarnya). Tapi syaina ada plan nak buat open house sempena hari raya ni, tapi tak sempat lagi. Maklumlah sibuk ke open house rumah kawan-kawan dan kenduri kendara orang lain. hehe

 

Hari ni syaina nak cerita santai sahaja. Nak bagi idea menu atau masakan untuk buat open house! MENU dan RESEPI ni selalu syaina juga syaina buat bila kat rumah kalau nak makan. 


 

1. KUAH KACANG NASI IMPIT



 

Bahan / Cara-cara : 

1. Goreng kacang tanah dengan tanpa minyak sampai tercabut kulit kacang @ kekuningan, kemudian ketepikan.

2. Dah sejuk kacang blend kasar-kasar.

3. Sediakan bahan-bahan seperti :

- halia

-bawang merah – 5 ulas

- lengkuas – 1 hiris

- bawang putih dalam 2 ulas. Jangan letak banyak nanti tak sedap !

- masukkan santan + kacang yang di blend tadi sikit dulu

- masukkan serai – 1 batang

- masukkan lagi kacang kasar yang di kisar tadi

- masukkan gula melaka @ nisey (rahsia orang klate)

- masukkan garam + gula

Tunggu pecah minyak semua, Siap ! 



2. ayam masak papik ayam ALA THAI 


Bahan-bahan yang selalu syaina guna :

- serai 2 batang,

- kunyit hidup,

- lengkuas 1 inci,

- bawang putih - 2 ulas,

- bawang merah – 5 ulas

- lada burung
(bahan-bahan ni syaina blender semua)


Tumis semua sampai pecah minyak + ayam (masuk bhgian kaki) + air + daun limau purut 2/3 helai + masuk ayam + Nampak nak masak (orang klate panggil ‘sering’ + garam + gula + perasa.

Then, Siap.


Nah syaina belanja video tiktok kalau korang tak jelas syaina punya resepi.

       


Resepi ni rahsia ! kalau korang try buat sekali, tentu buat lagi ! hehe. Setiap tahun syaina sekeluarga masak yang ni je ganti dengan rendang. Sedap woo ! Lagi pedas lagi sedap. Tak percaya cubalah. 


3. mee, bihun, kuew tiau, nasi air klate 







Bahan-bahan ni macam mee, bihun, kuew tiau syaina rendam / celur kejap je dalam air panas. Cuma nak masak nasi untuk nasi air lain sikit !


- korang kena basuh beras, goreng kejap sampai kering. Tapi ni kalau untuk beras biasa la. Tapi syaina selalu guna beras nasi air siam tu. Kejap je masak yang tu.

- lepas basuh beras + masukkan halia + garam

- goreng ikan bilis

- minyak ikan bilis tu guna balik untuk goreng bawang untuk masak sup pulak.

 

Bahan sup klate :

- bawang merah – 2 biji

- bawang putih

- halia

- kayu manis / Bunga lawing (goreng semua ni dalam minyak ikan bilis tadi sampai garing)

- masukkan ayam + air + halia + kiub ayam

- kemudian masukkan akar daun ketumbar ! ni la rahsia yang menyedapkan resepi nasi air klate syaina.

* Bahan-bahan toping tu korang boleh sedia macam minyak bawang putih, sambal kicap, ayam carik, kangkung, bawang goreng dan lain-lain untuk penambah selera !

Tentu korang kecur air liur kan ? try la buat resepi syaina bagi ni. Dan kalau menjadi nanti, tinggalkan komen kat entry ni ye nanti ! hehe. 


4. gulai darat kelantan



- tumis perkakas kasar 😂 

bawang putih, merah + halia (seulas)

- halia sikit + kunyit hidup + lengkuas + bawang besar + merah + putih (blender)

- masukkan lada kering blend (5-6 sudu)

- 2sb rempah darat (kacau)

- masukkan kaki ayam

- pecah minyak dan masukkan bahan (ayam + kentang + kerisik kelapa + santan + gula, garam dan aji)

 

Dah siap! Senang kan ? makan dengan nasi putih. Fuh ! 


5. PUDING TRIFFLE


haa.. Ni resepi terakhir bahagian pencuci mulut.

Hari raya open house cara menu mudah tapi tampak mewah.





Bahan-bahan A : 

- Kek swiss roll ( perasa pandan)
- buah-buah campuran 1tin ( syaina guna HOSEN)

Cara-cara : 

- potong kek swiss roll dlm 1-2 inci dan masukkan dlm bekas
- tapis buah-buah cmpuran, ambik air tapisan lepas tu letak atas Kek (buah asingkan)


Bahan kastard (B) : 

-susu cair 1tin

-air satu tin susu

-gula 4-5sb

-garam secubit

-kastard 4sb

Cara-cara : 

- masukkan semua dlm periuk kacau sebati dan buka api. Masak sehingga likat dan meletup-meletup (tanda dah masak).

- tuang kastard yang sudah siap ke atas bahan A 
- ambil buah-buah campuran tadi letak atas lapisan kastard. 

Bahan-bahan C :

- jelly nona (syaina suka guna perasa strawberry) 1 kotak
- air 400ml
(Masak ikut arahan dibelakang kotak jelly)

Cara-cara :

- tuang adunan jelly keatas lapisan kastard dan buah-buah campuran tadi. 


Syaina harap sedikit sebanyak dapat bagi idea kat korang semua nak masak apa untuk menu hari raya open house nanti. Tapi dalam masa yang sama, time-time raya ni lah banyak open house yang kita pergi. Makan itu ini tak kira benda semua kita telan. Hormat tuan rumah gitu. haha


Sebelum syaina berundur, syaina nak kongsi dengan korang tips juga untuk menjaga pemakanan sepanjang Syawal. Takde lah masa raya nanti berat badan terus mencanak naik. 


1. Bawa air kosong atau mineral sendiri. Kalau segan nak minta dengan tuan rumah elok lah korang bawa sendiri. 

2. Makan dalam jumlah yang kecil. Makan semua benda tapi ambil sikit-sikit.

3. Amalkan sederhana. Kalau agak perut tu dah ketat dan sendat elok-elok lah berhenti mengunyah. 

4. Kalau ada buah, mulakan dengan buah terlebih dahulu. 


Dengan menu dan tips di atas, diharapkan dapat membantu awak semua menjayakan open house bersama menjaga kesihatan dengan baik. Rayakan sebulan, jalinlah ukhwah dengan hari raya open house bersama insan tersayang 😊 Selamat hari raya ! 



Gambar syaina nak pergi open house 8/5/2023. 

Alhamdulillah, berat badan masih sama 

sebelum dan selepas raya dengan bantuan Shaklee 💓 


Ibu anak 3. 



Boleh hubungi/follow syaina di : 

hanya tekan link di bawah ni je ! 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1379919

www.wasap.me/601129328287/nakJoinSyaina

Fb: https://www.facebook.com/SyainaAbdullah

TIKTOK: https://www.tiktok.com/@syainaabdullah

Instagram: https://instagram.com/syaina_abdullah

 

Syaina Abdullah
BUSINESS LEADER
COORDINATOR SHAKLEE
CAR BONUS ACHIEVER
FOUNDER OF TEAM BELLEZZA



Jumpa lagi di lain entry semua !




 


 

























No comments:

Post a Comment