5 KATA-KATA HEBAT YANG BOLEH MEMBERI MOTIVASI HIDUP DIRI SENDIRI
Motivasi boleh
mengubah hidup seseorang. Kata-kata atau perkataan hebat boleh memberikan kesan
yang positif terhadap diri seseorang. Kata-kata motivasi yang hebat juga boleh menjadi
pencetus untuk anda memulakan tindakan atau langkah pertama anda.
Kita semua mempunyai
kepercayaan masing-masing. Pernah atau tidak anda bertanya kepada diri sendiri,
apakah kepercayaan aku? Apakah tujuan aku dalam hidup ini? Apakah yang aku inginkan
? Apakah matlamat hidup aku?
Semua itu akan menjadi ‘penggerak’ untuk anda mencapai apa yang diinginkan. Anda boleh menjadikan orang-orang yang sudah berjaya disekeliling anda sebagai contoh atau ‘role model’ untuk anda turut berjaya dalam hidup anda.
1. Belajar
Menerima Dirimu Apa Adanya.
Jangan pernah
berpura-pura dengan menjadi orang lain untuk menutupi kekurangan yang dimiliki.
Untuk menjadi diri sendiri, anda harus menerima apa pun yang ada dalam
diri, baik perkara itu bagus atau mahu pun buruk. Seperti fizikal, cara percakapan, potensi diri, kelemahan dan sebagainya.
Akan tetapi,
menerima diri sendiri bukan bererti tidak mahu belajar untuk lebih baik.
Tentunya, setiap kekurangan yang ada pada diri harus diperbaiki dengan belajar
untuk menjadi lebih baik lagi. Kata-kata motivasi dalam diri mampu membantu dalam mengatasi apa jua keadaan.
2. Mengenali
Dirimu Sendiri.
Untuk menjadi
diri sendiri, maka anda terlebih dahulu perlu mengenal siapa anda
sebenarnya. Ketahui apa kelebihan, kekurangan termasuk apa yang ingin
dilakukan dalam hidup. Oleh hal demikian, anda akan lebih mudah mengetahui tujuan
hidupmu.
Kelebihan yang
ada pada diri perlu dikembangkan dengan usaha yang lebih jitu lagi. Hal ini
membantu diri anda untuk terus menjadi lebih baik lagi.
3. Jangan
Membandingkan Dirimu Dengan Orang Lain.
Jangan pernah
membandingkan dirimu dengan orang lain. Hal ini, sudah menjadi kebiasaan jika
kita sering membandingkan diri dengan orang lain. Kadang-kadang perasaan iri atau
menganggap orang lain lebih baik dari kita menjadi penyebab utamanya.
Maka dari itu,
mulai sekarang buang kebiasaan untuk membandingkan diri dengan orang lain agar kita mampu menghargai diri sendiri. Tidak semua harus sama dengan orang
lain. Setiap manusia memiliki masanya masing-masing. Kata-kata motivasi dalam diri mampu membina semangat yang jitu dalam diri kita sendiri.
4. Jangan
Memikirkan Apa Yang Orang Lain Kata.
Kadang-kadang kita
terlalu memikirkan apa yang dikatakan orang lain seakan-akan hidup kita
bergantung pada penilaian orang lain. Kebiasaan seperti inilah yang sentiasa membuat kita selalu berusaha agar diterima orang lain sehingga kita takut
akan mengikuti kata hati kita sendiri. Hal seperti ini sebaiknya dihindari jika
ingin menjadi diri sendiri.
5. Mencintai
Apa Yang Sedang Dilakukan.
Hal yang perlu
diingat adalah sebahagian besar orang tidak mencintai pekerjaannya. Jadi, anda
tidak perlu merasa untuk memaksa diri dalam mengerjakan apa yang orang lain
kerjakan. Apalagi jika hal itu sampai membuatmu merasa iri dengan
pekerjaan orang lain. Lakukan kerja buat kita dengan penuh dedikasi dan ikhlas dalam mencari keredhaan olehNya.
Kesimpulannya, anda akan menemui kesederhanaan dan kedamaian dalam mengecilkan fokus anda. Malah anda juga boleh meningkatkan tenaga dan perhatian dalam menyelesaikan tugasan dan membawa kata-kata motivasi yang bermakna dalam hidup anda.
Sekian.
Love,
Syaina Abdullah.
No comments:
Post a Comment