Saturday, June 17, 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT


 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT  


KOLESTROL ADALAH FAKTOR RISIKO UNTUK PENYAKIT JANTUNG




Tahap kolestrol yang tinggi adalah faktor utama mendapat penyakit jantung.


Salah satu cara untuk mengurangkan risikonya adalah dengan mengurangkan jumlah keseluruhan kolestrol dan juga kolestrol LDL (kolestrol jahat).


Kajian menunjukkan sebatian semulajadi yang dipanggil sterol dan stanol tumbuhan yang ditambah di dalam diet harian akan mengurangkan kolestrol dengan amat ketara sekali.


Sterol dan stanol tumbuhan wujud secara semulajadi di dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.


Oleh kerana strukturnya sama dengan kolestrol, mereka bersaing untuk penyerapan dan seterusnya membantu menurunkan tahap kolestrol di dalam tubuh.


BAGAIMANA MENURUNKAN KOLESTROL SECARA SEMULAJADI DENGAN PRODUK SHAKLEE ?



Phytocol-St adalah formulasi proprietari dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal membantu penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol LDL.


~ Dibuat dengan gabungan kuat sterol dan stanol, yang wujud secara semulajadi di dalam tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.


~ Membekalkan 2,000mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.


~ Sterol dan stanol tumbuhan telah dibuktikan secara klinikal di dalam lebih dari 80 kajian untuk menurunkan kolestrol LDL.


~ Membekalkan 100% saranan National Institutes of Health's (NIH) untuk sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.


~ Bebas dari kandungan Gluten.


Mungkin ramai yang jarang dengar nama item shaklee yang nie, tapi jika korang nak tahu phytocol ni boleh tahan power gak!

 

Phytocol ni dia membantu untuk menghalang kolestrol daripada melekat pada salur darah kita and menyebabkan ia tersumbat dan semakin sempit.


 

KESIHATAN JANTUNG KUNCI AMALAN GAYA HIDUP SIHAT 


Semua orang tahu jantung berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Jadi dah nampak kan kepentingan kita untuk jaga kesihatan jantung kita ni. Macam mana nak jaga jantung agar kekal sihat? Tipsnya mudah sekali iaitu seeloknya kita mesti memulakan tabiat menjaga kesihatan yang baik sejak dari kanak-kanak lagi supaya amalan tu berterusan sampailah kita dewasa.


Secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

 

 

1. Kawalan Berat Badan





Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu. Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan. Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung. Amalan gaya hidup sihat seperti bersenam, kawal pemakanan adalah sangat penting untuk mendapatkan berat badan yang ideal.



2. Pemakanan



Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan. Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik. Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya. Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

 

3. Berhenti merokok




Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah dalam kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

 

4. Bersenam/bersukan



Bersenam atau bersukan adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung. Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.


5. Perubahan gaya hidup


Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya. Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan gaya hidup sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.




Untuk korang yang nak sihat, cantik dan berjaya kawal kolestrol, jom jayakan amalan gaya hidup sihat bersama Shaklee. Boleh contact Syaina untuk rik-riki 😉http://www.wasap.my/601129328287/setkolestrolblog.


Atau

 

Anda sedang mencari side income tu? Boleh terus hubungi syaina di talian 01129328287 atau untuk fast action? Terus tekan link bawah, anda akan terus ke pautan untuk kami bantu anda. Tahniah dan terima kasih untuk kerjasama dan keprihatinan anda. 


#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#Shakleethrive2023

#Amalangayahidupsihat

#kolestrol

#phytocolshaklee



 






















No comments:

Post a Comment