Wednesday, July 12, 2023

TIPS BISNES ONLINE







  

HILANGKAN RASA TAKUT ! JOM SYAINA

 KONGSI TIPS BISNES ONLINE



Kebiasaan syaina akan dapat soalan dari ramai orang,


“Syaina tak takut ka nak start bisnes”


“Syaina macam mana kalau nanti tak da customer”


“Syaina macam mana kalau tak da orang pun nak join bisnes”


"Syaina ada TIPS BISNES ONLINE tak”


Belum mula dah banyak soalan ni, dah fikir negatif. Tapi bagi syaina kita belum cuba kita belum tahu kebolehan kita sampai tahap mana.


Syaina sendiri pun tak sangka hanya bermula dengan consume set pantang + vivix Shaklee lepas bersalinkan twin 3 tahun lepas, syaina boleh start bisnes boleh jadi leader dah shaklee sekarang.


Semua ni asbab usaha dan doa + sabar + improvement dalam diri kita. Tak guna kalau kita hanya sabar tapi tiada IMPROVEMENT AND CHANGES dalam diri kita.


Harini syaina nak share sikit TIPS BISNES ONLINE dengan korang semua.

 

1. TENGOK HASIL ORANG YANG DAH BERJAYA

Diri sendiri tak yakin? Untuk keyakinan dan semangat- tengok contoh orang yang dah berjaya. Jadikan mereka contoh, buang ketakutan dalam diri kita.


2. INGAT BIG WHY

Sampai bila nak rasa takut untuk MULA. Tak kesian ke pada BIG WHY kita nak tengok kita berjaya.

Jangan sia-siakan pengharapan mereka dan jangan pula anda menyesal sebab tak sempat nak buktikan kejayaan anda tu.😢


3. BELAJAR DARI KESILAPAN

Meski sebelum ni kita dah jatuh berkali-kali. Bangkit! Jangan terlalu lama duduk di bawah.

Give up tu bukan ada dalam diri seorang usahawan.

Yang penting anda take note semula apa benda yang silap anda buat supaya anda tak ulangi kesilapan yang sama.


4. CARI MENTOR YANG TEPAT

Kita nak berjaya kita perlu cari mentor untuk mengajar kita.

Kita kalau tak da tempat rujuk, kita akan timbul rasa benda yang kita buat tu betul ker tak eh 🤔


5. JANGAN FIKIR KERJA TUHAN

Tugas kita hanya lah submit doa setelah usaha. Tak perlu fikir doa kita makbul ke tak. TAPI fikir lah USAHA kita cukup ke tak lagi.


6.STAY OUT COMFORT ZONE

Comfort zone ni membunuh diri sendiri. Mungkin kita rasa selesa dengan income sekarang, rasa cukup. Tapi 2 3 tahun cukup ke dengan income yang statik macam sekarang.

Mungkin kita rasa selesa ada mak ayah yang support makan minum. Tapi bila dah tiada nanti, mana kita nak cari.

 

TAPI RAMAI YANG TANYA SYAINA MACAM MANA SYAINA MANAGE BISNESS SAMBIL BEKERJA?

Alhamdulillah tahun nie masuk 3 tahun syaina dengan Shaklee. Syaina mula bisnes nie masa syaina tengah bekerja😊


Syoknya berniaga part time, gaji dapat, untung bisnes pun dapat.


Syaina juga nak share 3 TIPS BISNES ONLINE bila kita seorang yang bekerja !

 

1. Pilih Jenis Bisnes Yang Tak Ganggu Kerja Hakiki

Mulakan dengan yang ringan-ringan dulu! Kita dah lah tak biasa nak berniaga, lepas tu nak berniaga sambil kerja pula tu. Besar tanggungjawabnya. Jadi kita mulakan dengan bisnes yang mudah-mudah dulu.

Mungkin boleh jadi agen tudung atau produk kecantikan, atau nak jual breakfast kuih muih/nasi lemak atau jual kerepek. Apa sahaja yang tak memerlukan modal yang besar atau tak memerlukan anda perlu bersusah payah.

 

2. Mesti Sanggup Korbankan Masa

Semua manusia ada 24 jam. Ada orang memanfaatkan 24 jam ini sehingga jadi jutawan, ada orang tak buat apa-apa dengan 24 jam yang ada. Anda? Bekerja dan berbisnes dalam 24 jam yang ada adalah sangat memenatkan.

Anda mungkin perlu korbankan waktu rehat dan tidur kerana di saat orang lain santai-santai tengok tv atau tidur, pada masa itulah anda akan busy buat persediaan untuk bisnes part time anda. Jika anda berniaga makanan, waktu malam atau awal pagi lah waktu yang sesuai untuk anda membuat persediaan dan memasak makanan.

Macam syaina yang berniaga online, waktu rehat dan malam lah waktu yang sesuai untuk cek balik order dan pertanyaan yang syaina terima masa syaina bekerja. Kalau buat bisnes online macam syaina, lagi banyak yang perlukan pengorbanan seperti buat live, update dekat media sosial dan banyak lagi.

Jangan ganggu waktu kerja dengan berbisnes, itu tak baik namanya. Tak berkat gaji yang anda dapat nanti. Gaji sikit tapi kita akan rasa cukup. Kita nak kan setiap wang yang kita dapat tu mendapat keberkatan. Baru lah bisnes boleh maju.


3. Jadualkan Posting

Jika anda berniaga online, dan anda ada FB Page, anda perlu pandai jadualkan posting-posting anda. Sediakan posting anda awal-awal dan jadualkannya.

Anda perlu lakukan ini setiap hari, tanpa henti. Kerana posting anda ialah engagement anda dengan prospek dan pelanggan. Mungkin anda tak boleh buat ‘live video’ pada waktu anda bekerja jadi anda boleh je rekod dulu video tersebut dan jadualkannya.

Macam syaina, posting syaina adalah sebelum mula kerja, Tengah hari waktu lunch hour, petang lepas kerja dan waktu malam.

Sebab kami bisnes secara berjemaah, kami selalu share idea-idea untuk posting dalam group whatsapp. So, kami boleh gunakan semua tools yang group kami contribute untuk buat posting di SOCMED. Copy paste aje.


Apa pun, selalu mohon pada Allah permudahkan segala urusan kerja hakiki dan juga bisnes part time kita. Kita rancang sebaiknya, betulkan niat kerana Allah, Allah pasti akan uruskan selebihnya.


Let's do the best, Allah will do the rest!


Syaina doakan anda semua diberi peluang oleh Allah untuk menikmati peluang buat bisnes khususnya bisnes online dan dalam masa yang sama, berjaya di dalam kerjaya masing-masing.


Sekadar perkongsian untuk semua❤️

 

Boleh hubungi/follow syaina di : 

hanya tekan link di bawah ni je ! 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1379919

www.wasap.me/601129328287/nakJoinSyaina

Fb: https://www.facebook.com/.tiSyainaAbdullah

TIKTOK: https://wwwktok.com/@syainaabdullah

Instagram: https://instagram.com/syaina_abdullah

 

Syaina Abdullah
BUSINESS LEADER
COORDINATOR SHAKLEE
CAR BONUS ACHIEVER
FOUNDER OF TEAM BELLEZZA


1 comment: