“Nak Bawa Anak-anak Kecik Travel, No Problem”- Ibu
Syaina Kongsi TIPS TRAVEL Bersama Anak Kecil
“Nak bawa anak kecil pergi berjalan, tapi macam ok ke?”
Ni gambar kenangan syaina 2018 yang pertama kali bawa yusuf aqeef naik flight sorang-sorang. Sekarang dah 3 orang anak dah.
Bercuti bersama anak-anak ternyata bukanlah perkara yang mudah. Ibu bapa
bukan sahaja perlu fokus dengan perjalanan, malah ibu bapa juga perlu peka
dengan keadaan anak sepanjang trip tersebut. Namun, jika anda membuat
persediaan yang betul pastinya percutian bersama anak-anak kecil akan menjadi
sangat menyeronokkan!
Jadi, ini adalah perkongsian TIPS TRAVEL dari Syaina dimana syaina
sendiri sentiasa membawa tiga orang anak kecil bercuti ke mana-mana sahaja tempat
yang syaina dan suami decide nak pergi. Syaina sendiri pernah travel sorang-sorang
ke Sarawak (Gambar atas). Masa tu anak baru sorang, lepas setahun Allah rezekikan syaina
dapat kembar pulak. MasyaAllah, orang yang mengalaminya sahaja faham macam mana
nak travel bawa 3 orang anak yang beza setahun dan 2 orang kembar yang sama-sama
baby. Dari diorang baby sampailah ke hari ini anak sulung syaina ‘Aqeef’ dan
anak kembar Syaina ‘Afreen dan Ayleen’ kami bawa ke mana-masa sahaja yang kami nak
tuju. Tak kisah jauh atau dekat ! Janji boleh jalan.
Kepada ibu bapa yang bercadang untuk bercuti bersama anak-anak kecil,
boleh jadikan perkongsian TIPS TRAVEL ini sebagai panduan ya.
1. Lakukan Sahaja!
Walaupun idea untuk melancong bersama anak-anak mungkin mengharukan,
perkara paling penting untuk diingati adalah ia akan selesai. Anda pasti sampai
ke sana. Anda mampu lakukan. Haha.
2. Car Seat Atau Tidak?
Sesetengah orang tak perlu jika mempunyai anak kecil seorang. Tapi bagi
syaina perlu sebab bila ramai anak kecil macam syaina ni, sangat perlu iaitu bila
mana diorang nak tidur dan berebut-rebut nak dapatkan ibu masing-masing. Lagi haru ! Jadi
syaina letakkan 2 biji car seat dekat kereta lebih-lebih lagi untuk perjalanan yang
jauh kecuali hari persekolahan sahaja.
Ni pula gambar kembar syaina kat
car seat. Sampai hari ni syaina masih pakai carseat ni untuk diorang bila nak travel.
3. Kemas Dengan Bijak
Beg travel anda akan dikira sebagai barang bawaan, pastikan anda sudah
membawa semuanya tisu basah, lampin, makanan ringan, tuala kecil, sabun mandi
dan apa yang dirasakan perlu. Walau bagaimanapun, ada baiknya membawa beberapa
gula-gula yang boleh dihisap untuk membantu perubahan tekanan semasa perjalanan,
baju ganti, beg plastik (untuk lampin dan sekiranya pakaian kotor dan
lain-lain.
Bawa pakaian yang sesuai dan juga mudah kering jika di basuh. Soal
pakaian adalah perkara pertama yang syaina tekankan ketika bercuti. Pakaian
yang banyak sehingga perlu di isi di dalam banyak beg perlu diberi perhatian
kerana nanti kita akan hadapi masalah kerana perlu uruskan bag dan juga anak-anak
dalam satu masa.
4. Bertenang
Jika anak anda tiba-tiba menangis, perangainya berubah menjadi sedikit
extreme ataupun tidak mahu memberikan kerjasama. Tarik nafas dalam-dalam dan
cuba bertenang.
5. Bergembiralah
Ambillah lebih banyak masa, pack barang-barang dengan baik, dan jadikan
perjalanan sebagai sebahagian daripada percutian. Ingatlah bahawa anda akan
baik-baik saja, dan berseronoklah!
6. Suplemen Dalam Kereta
Sudah tentu ubat-ubatan wajib dibawa sepanjang travel ke mana-mana. Ini penting untuk meningkatkan tahap imunisasi seisi keluarga. Sudah tentu suplemen shaklee pilihan syaina sekeluarga.
Mudahkan TIPS TRAVEL syaina ? Tidak kiralah perjalanan anda semua sama
ada di dalam atau luar negara. Semua perlukan perancangan dan sentiasa bersedia!
Jadi jangan expect anak akan good mood all the time, dorang bukan faham
lagi pun. Harap TIPS TRAVEL ni berguna untuk parents yang nak travel tapi banyak benda
duk fikir dan tangguh. Kids ni nampak je kecil, tapi sebenarnya dorang sangat
kuat. Jangan pandang rendah okay.
So kids, next destination? Kita naik bas buat pertama kali balik
mengundi 11 Ogos 2023 nanti ! Perjalanan mengambil masa 9 jam. Semoga dipermudahkan urusan kita
semua nanti.
Jom syaina belanja gambar-gambar
travel bersama keluarga tercinta :
Sarawak. Waktu ni PJJ dengan suami. Syaina anak
sorang.
Langkawi 2019. Bersama keluarga tercinta.
Zoo Melaka 2021. Bersama keluarga tercinta. Masa ni kami semua 12 orang dan alhamdulillah 2023 masih lagi bersama 12 orang ini. Semoga Allah sentiasa panjangkan umur kita semua.
Boleh hubungi/follow syaina di :
hanya tekan link di bawah ni je !
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1379919
www.wasap.me/601129328287/nakJoinSyaina
Fb: https://www.facebook.com/.tiSyainaAbdullah
TIKTOK: https://wwwktok.com/@syainaabdullah
Instagram: https://instagram.com/syaina_abdullah
null
No comments:
Post a Comment