Saturday, August 19, 2023

Doa yang bagus untuk wanita


 Doa yang bagus untuk wanita 


Petang ini, sekali lagi syaina hadir untuk kemaskini blog syaina. Alhamdulillah, sedar tak sedar, hari berganti hari, begitu cepat masa berlalu kan ?


Hari ini syaina nak kongsi 3 DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA semua. Semoga sedikit sebanyak Allah dapat memberi ganjaran pahala khususnya dan kita semua amnya kerana saling ingat memperingati antara satu sama lain. 


Doa yang mudah dan bermanfaat InsyaAllah. 


1. Doa Pemanis Wajah Untuk Kaum Hawa 



Memiliki wajah yang cantik sememangnya menjadi impian setiap wanita. Selain rawatan muka dan mengguna alat solek, korang juga boleh mengamalkan doa pemanis wajah agar diberikan kecantikan luaran dan dalaman.

 

Oleh itu, amalkan membaca Surah Yusuf ayat 4 sekiranya ingin wajah berseri-seri tanpa sebarang solekan di wajah. Ruginya kalau selama ini tidak pernah amalkan.

 

Memiliki wajah yang cantik sememangnya menjadi impian setiap wanita. Selain rawatan muka dan mengguna alat solek, anda juga boleh mengamalkan doa pemanis wajah agar diberikan kecantikan luaran dan dalaman.

 

Oleh itu, amalkan membaca Surah Yusuf ayat 4 sekiranya ingin wajah berseri-seri tanpa sebarang solekan di wajah. Ruginya kalau selama ini tidak pernah amalkan.

 

Terdapat satu kisah tentang keindahan rupa paras yang dimiliki Nabi Yusuf (A.S), di mana ketika dirinya melalui kumpulan wanita yang sedang memotong buah-buahan, terhiris jari mereka dengan pisau kerana terpukau melihat ketampanan yang dimiliki Nabi Yusuf (AS) seolah-olah melihat berlian yang bersinar terang.

 

Doa di bawah hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan sapukan ke seluruh wajah. Boleh diamalkan setiap kali sebelum keluar atau sebelum bertemu orang. Sebaik-baiknya diamalkan juga setiap kali selepas selesai solat fardhu.

 

اِذْ قَالَ يُوْسُفُ لِاَبِيْهِ يٰٓاَبَتِ اِنِّيْ رَاَيْتُ اَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَّالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَاَيْتُهُمْ لِيْ سٰجِدِيْنَ

 

Maksud: “(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Sungguh, aku (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”

 

Selain mampu mengeratkan hubungan suami isteri, surah Yusuf ayat 4 juga boleh diamalkan untuk keluarga dan sahabat supaya hubungan kekal harmoni.

 

Walau bagaimanapun, berdoalah dengan ikhlas dan niat yang baik. Percaya bahawa Allah SWT akan mengabulkan doa hambaNya pada waktu yang tepat. InsyaAllah.


2. Doa Elak Dirogol




Bacalah Doa ini agar dapat mengelak daripada DIROGOL. DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA.


Doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.

 

Syaina kongsikan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih ).

 

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh kita, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

 

JOM KITA JAGA AURAT DAN BATAS PERGAULAN KITA ! SETELAH ITU BERDOALAH. 



3. Doa Kebahagian Suami Isteri 🌸

Jom kita sama-sama amalkan, inshaAllah kehidupan rumah tangga akan lebih bahagia dengan izinNya ❤️

Kalau bukan kita si isteri siapa lagi kan nak doakan untuk suami. Syaina kongsi sini doa untuk suami supaya selalu dimurahkan rezeki. Ini merupakan DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA seperti kita bagi memastikan perhubungan antara dua hati yang diikat sentiasa berada dalam kasih sayang Allah selalu.



Berdoalah dengan penuh yakin. Insyaallah Allah makbulkan. Suami isteri Bahagia kunci rumah tangga aman dan damai.


Bukan setakat untuk kita sahaja, anak-anak dan ibu bap akita pun akan rasa benda yang sama. InsyaAllah.


Semoga dengan perkongsian 3 doa ini dari syaina memberi sedikit sebanyak manfaat untuk kita semua insyaAllah.


Your Trusted Shaklee Lover
(Syaina Abdullah) 
📲






No comments:

Post a Comment